Portal Rasmi SMKA Slim River

Print

PEMANTAUAN NAZIR

Written by Super User.

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Datang kepada 8 orang nazir sekolah dari ibupejabat Putrajaya untuk hadir ke sekolah bagi memantau, mencerap dan menilai keberkesanan pendidikan.Semoga dengan kehadiran tuan puan ke sekolah ini akan dapat meningkatkan kemajuan dan prestasi sekolah ke tahap yang dikehendaki sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Print

KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH

Written by Super User.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta Karnival Sains & Teknologi peringkat daerah Batang Padang yang telah berlangsung di SMK Tapah. SMK Agama Slim River telh berjaya mendapat Johan dalam Pertandingan Dapur Solar dan masing-masing tempat ketiga bagi Pertandingan Roket dan Bot Solar. Tahniah juga diucapkan kepada semua guru pengiring yang telah banyak membantu kepada kejayaan ini. Semoga kejayaan ini akan terus menyemarakkan lagi kegemilangan SMKA Slim River.

Print

Penghargaan Khas

Written by Super User.

Bahagian Pendidikan Islam KPM telah menganugerahkan sijil penghargaan khas kepada pihak sekolah atas pencapaian cemerlang SPM bagi mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan. Pihak sekolah ingin mngucapkab syabas dan tahniah kepada Pn Salina Shahuddin selaku ketua paniia atas kecemerlangan tersebut. Semoga kecemerlangan ini akan terus berkekalan, insyaAllah.

Print

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013

Written by Super User.

Tahniah kepada warga SMKASR yang menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang tahun 2013

1. Pn Norlela Yusof
2. En Mohd Khalid Ibrahim
3. Pn Nor Azlina Yusof
4. En Johari b Betong
5. Pn Salina bt Leman

Semoga perkhidmatan terus cemerlang, gemilang dan terbilang 

Print

SPM : 24 pelajar catat keputusan 7A ke atas

Written by MABAR.

Slim River, 20 Mac - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 SMK Agama Slim River (SMKASR) yang diumumkan hari ini mencatatkan keputusan memberangsangkan apabila seramai 24 orang pelajar mencapai keputusan 7A ke atas. Berikut merupakan keputusan yang diumumkan sebentar tadi. 

   Bilangan A       Bilangan Pelajar
       11 A                2
       10 A                1
         9 A                2
         8 A                9
         7 A              10

 

[Berita lanjut menyusul]

Print

Alumni tewaskan Pasukan Pilihan SMKASR 4-3

Written by MABAR.

Pasukan Futsal ALUMNISlim River, 10 Mac – Pasukan pilihan futsal SMKA Slim River hari ini tewas kepada pasukan ALUMNI SMKASR 4 berbalas 3 dalam satu perlawanan persahabatan Sabtu lalu.

Pasukan ALUMNI yang membariskan 5 bekas pelajar tahun 2003 berjaya mengatasi pihak lawan selepas tertinggal 2 gol pada aksi babak pertama.

Print

Bapa Puan Normah meninggal dunia

Written by MABAR.

Hj KadisKapar, 9 Mac – Bapa kepada Puan Nomah bt Kadis, Penolong Kanan Kokurikulum SMKA Slim River telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.00 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Normah bapanya  mula mengadu sakit sejak seminggu yang lalu akibat sakit tua dan penat.

Tuan Hj Mhd Arifine Daud, Pengetua SMKASR yang turut hadir dalam majlis pengebumian bersama beberapa orang guru dan pelajar semasa dihubungi mengucapkan salam takziah kepada keluarga dan bersabar atas ketentuan Ilahi ini.

Jenazah dilapor telah disemadikan kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

Al-Fatihah..

Print

Khutbah Jumaat : Pengetua sentuh isu perpaduan

Written by MABAR.

Khutbah JumaatSlim River, 8 Mac – Jemaah Surau Diri Jumaat SMKA Slim River hari ini diingatkan agar mengekalkan perpaduan sesama umat Islam bagi meneruskan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. yang telah merintis jalan perpaduan dalam menegakkan Islam.

Saranan itu disentuh oleh Khatib dalam khutbah Jumaat hari ini, Tuan Hj Mhd Arifine Daud yang juga merupakan Pengetua di sini.

Dalam khutbahnya, beliau turut menyeru agar para Jemaah menjadikan usaha Rasulullah dalam mempersaudarakan Kaum Aus dan Khazraj sebagai contoh terbaik dalam menjadikan umat Islam sebagai umat yang bersaudara.

Beliau turut mengingatkan jemaah akan bahaya perpecahan yang akan mengakibatkan serangan-serangan terhadap fizikal, pemikiran, politik ekonomi dan lain-lain lagi seperti mana yang telah berlaku di beberapa buah negara seperti Syria, Libya, Mesir dan beberapa negara lain pada hari ini.

“Marilah sama-sama kita meletakkan kepentingan Ummah sebagai tuntutan utama dalam apa keadaan sekalipun kerana dengan perpaduan kita akan dapat melahirkan rasa kasih sayang dan kekuatan sebagai umat Islam”, katanya ketika berkhutbah di hadapan kira-kira 700 jemaah yang terdiri daripada pelajar, guru dan ibu bapa yang hadir.

Tambahnya lagi,”janganlah disebabkan oleh perbezaan ideology dan pendapat bagi satu-satu perkara kita memilih untuk berpecah tanpa memikirkan soal perpaduan ummah sehinggakan gerakan kejahilan dan keberhalaan mengancam kepada kita semua”.

Dalam pada itu beliau turut menyeru agar seluruh jemaah melahirkan rasa insaf dan menghulurkan bantuan kepada pasukan keselamatan yang telah terkorban dalam operasi Lahad Datu dan menjadikannya sebagai iktibar kepada semua.

Solat Jumaat pada hari ini turut diiringi dengan Solat Hajat bagi mendoakan agar keamanan negara terus dipelihara.

Print

Pelancaran Minggu Bahasa

Written by mocha.

Jumaat, 1.3.13- Minggu Bahasa yang berlangsung selama seminggu telah dirasmikan oleh Tn Pengetua SMKA SR. Pelancaran Minggu Bahasa ini telah dirasmikan oleh beliau dengan ucapan perasmian dalam Bahasa Inggeris.

Print

VISI DAN MISI TERBARU SMK SLIM RIVER

Written by fadillawati azrenna azrenna.

VISI

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MISI

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

 

Pautan

KPM BPI JPN SPI
PPD  EMIS  SAPS  

PENGETUA


T
N HJ MHD ARIFINE DAUD

CB Login

Aktiviti

Previous ◁ | ▷ Next

TAKWIM

June 2013
S M T W T F S
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 1 2 3 4 5 6

Pelawat

358375
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1167
5507
13549
315966
77451
71092
358375

Your IP: 54.242.233.11
Server Time: 2013-06-19 08:46:49